Jom Tinggal Link Anda Disini...Nanti ceqjulia Terjah tau :)

MereKa Bersamaku

Thursday, December 30, 2010

Kitalah Juara


Tahniah buat pemain Bola Sepak Malaysia penantian 14 tahun untuk menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. Ternyata provokasi dan serangan demi serangan sebelum perlawanan sedikitpun tidak menganggu anak didik Rajagobal untuk mempertahankan kelebihan aggregate 3-0.

Walaupun tewas 2-1 pasukan Harimau Malaya berjaya merangkul gelaran pertama Piala Suzuki AFF buat kali pertama dan menafikan segala tohmahan liar dan tidak berasas sesetengah pihak. Kejayaan Malaysia ini juga menghadiahkan kekalahan keempat Indonesia di perlawanan akhir. 
Sekalung tahniah ke atas skuad muda K Rajagobal yang mempamerkan aksi matang untuk bergelar raja bolasepak Asia Tenggara tahun 2010. 
Tahun 2010 ditutup manis hasil kejayaan bersejarah ini.
Sementara itu Safee Sali muncul Penjaring Terbanyak kejohanan dan Kapten Indonesia, Firman Utina terpilih sebagai Pemain Paling Bernilai.

Tahniah untuk jurulatih K.Rajagobal dan semua barisan pemain-pemain walaupun pada awalnya mereka langsung tidak diletakkan harapan untuk menjuarai kejohanan ini. Teruskan usaha untuk melangkah lebih jauh bagi memertabatkan mutu bolasepak Malaysia. Kejayaan ini membangkitkan ghairah peminat bolasepak Malaysia.

Malaysia memenangi USD 100,000
Indonesia memenangi USD 50,000
Firman Utina selaku Kapten Indonesia membawa pulang USD 10,000 setelah dinobatkan Pemain Paling Bernilai.


Sempena diatas kemenanangan ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini, 31 Dis sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia.
Yahooooo....Esok Cuti...

2 comments:

Tutup Blog said...

bercutikah kita d marina ini??

sila jawab cik julia oi!!

ceQ`Julia said...

Marina cuti....Kita TIDAKKKKKKKKKKKK

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Voting

Family

Family